Monday, May 30, 2011

Alasan pabila disuruh TUTUP AURAT

Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? 

Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. 
Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.










1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?


-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.



2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.


-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."



3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.


-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.



4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.


-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?



5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.


-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?



6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.


-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau. 



7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa. 


-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?



8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup oran
g lain.

-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.




9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.

-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.



10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)


-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?



11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.


-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.



12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..


-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku. 



13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.


-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.


“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu 

juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”

Credit @ Sumber : waleedahyaya.blogspot.com

6 comments:

  1. ya allah .
    sdah trang lg bsuloh .
    tp knape msih rmai yg tdk mahu mngikut ny ?
    knape msih rmai yg mngmbil mdah dlm hal yg sbgini ?
    adkah ssh utk mnyarungkn shelai kain utk mnutup kn keaiban ?

    trime kaseh kpd pnulis blog ni .:))
    trus kn .
    insyallah .

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...ada baiknya dan memang sesuai masanya artikel diatas diketengahkan...saya pasti tak ramai yg tahu bahawa seseorang bernama "lelaki" diamanahkan memimpin setiap wanita tak kira umur dan sama ada adik beradik atau sedara mara.Oleh itu para wanita jgn lah mengeluh bila kami memberi nasihat dan ingatkanlah kami akan "tugas berat" kami ini.

    ReplyDelete
  3. umat akhir zaman, lebih sesuai guna manhaj begini.nak kata kasar, mungkin juga tapi untuk kebaikan.sebab selama ni dah banyak guna kelembutan tetapi langsung tak diterima malah dihina.

    ReplyDelete
  4. i agree. prmpuan zmn skunk mmg bnyk alsan lo bab nk 22p aurat nie.

    ReplyDelete
  5. Seperti yg sya baca kt atas tu memang ramai wanita2 yang berkata sedemikian..kata tak readylah apelah..kesian gak tngok wanita yang show badan dowang tu kt public tapi nak wat cmane..dah die nak pili jalan cam tu kan..ayah, abg, adik laki die pun kesian sangat2 pasal dorang pun ikot terheret sekali ng dosa2 yang si perempuan ni wat..so laki2 tegurla akak ke adik pmpuan ke or mak bile pakai seksi2..tak tegur ko sekali bedosa..

    ReplyDelete

Share

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...