Saturday, January 21, 2012

Tiada Internet Tak Ganggu Hidup Manusia


KEADAAN pejabat Yayasan Wikipedia di San Francisco, Amerika Syarikat. Kelmarin laman web itu bertindak menghentikan sementara perkhidmatannya bagi membantah undang-undang terhadap cetak rompak.


JIKA sehari tanpa Wikipedia adalah sesuatu yang menyusahkan, maka perkara itu perlu difikir dengan mendalam. Dalam dunia serba moden ini, kita tentu boleh bertahan jika seluruh internet lumpuh untuk sehari atau seminggu. 


Adalah pasti kita mampu hidup tanpa internet kerana ramai sudah melakukannya seperti Egypt tahun lalu iaitu ketika protes antikerajaan.
Kebanyakan tamadun terus berkembang sehingga 1990 tanpa internet.
Namun begitu, kini kehidupan sosial, kewangan dan perindustrian saling berhubung antara satu sama lain hingga untuk kembali ke era 1980-an akan menggoncang dunia seperti dilanda bencana alam, kata pakar. 

Tanpa e-mel, Twitter atau Facebook. Tanpa pembelian dalam talian. Tiada dagangan saham dalam talian. Tiada penghantaran industri tepat pada masa. Tiada pengesanan penyakit. 

Tidak hanya membabitkan keseluruhan internet. 

Malah laman web persendirian seperti Google juga dianggap infrastruktur kritikal, kata pakar. 
“Tiada siapa yang akan mati, namun begitu ia akan timbul kerumitan besar,” kata Ketua Penyelidik dan Pakar Keselamatan Komputer F-Secure di Helsinki, Finland, Mikko Hypponen. 

Jika internet terganggu lebih sehari atau dua hari, ia mendatangkan kerugian besar dengan pengangguran akan berleluasa, kata bekas Ketua Pakar Ekonomi Bank dan Prsiden ClearView Economics, Ken Mayland. 

Sementara itu, Pengarah Pusat Pengajian dan Penyelidikan dalam Jaminan Maklumat dan Keselamatan Universiti Purdue, Eugene Spafford, melahirkan kebimbangan tercetusnya situasi panik. 

Kelmarin, laman web terkenal Wikipedia bertindak menghentikan sementara perkhidmatannya untuk membantah udang-undang dalam Kongres yang akan mengambil tindakan ke atas cetak rompak filem dan rancangan televisyen. 

Tindakan mengejut dibuat selama sehari, namun begitu ia menimbulkan persoalan mengenai kemudahan untuk berhubung. 

“Ia boleh jadi penggodam, pengganas, kemalangan atau mereka berkenaan menjadikan internet terputus dan ia menyebabkan beberapa kawasan tidak boleh mencapainya,” pakar terkemuka dalam keselamatan komputer, Spafford. 

Beberapa kawasan besar di Amerika Syarikat dan beberapa negara membangun tidak terjejas berikutan ia memiliki sistem yang mantap dan pelbagai. 

Namun begitu negara lebih kecil boleh terdedah kepada gangguan bekalan di seluruh negara, kata Hypponen. 

Dunia hanya perlu melihat kembali krisis Egypt bagi mengetahui kesan tanpa internet. 

Kerajaan pimpinan Hosni Mubarak cuba menghentikan protes pada Januari tahun lalu dengan melumpuhkan internet.

Langkah itu menutup perniagaan, operasi perbankan dan kemuncaknya menyaksikan ia menamatkan keupayaan pemimpin protes mengatur dan berkomunikasi antara satu sama lain. 

Dalam tempoh lima hari internet tidak berfungsi, aktivis anti-Mubarak terpaksa bergantung kepada bantuan luar negara untuk menyebarkan berita dan mengemaskini laman web. 

Gangguan itu menjejaskan keupayaan penunjuk perasaan untuk mengatur atau menghalang penyebaran propaganda kerajaan yang mengatakan mereka adalah ejen kuasa asing,” kata Ahmad Saleh yang bertanggungjawab menguruskan laman Facebook untuk menggerakkan beribu rakyat Egypt mengadakan protes. 

Menerusi penutupan itu, tunjuk perasaan semakin meruncing apabila rakyat tidak dapat mengikuti kejadian semasa yang berlaku. 

“Tanpa internet bermakna lebih ramai orang menyertai protes untuk mengetahui keadaan sebenar. Tunjuk perasaan dan kemarahan kepada kerajaan juga meningkat,” kata Ahmad. 

Beliau berkata, ketiadaan internet membolehkannya menjalani kehidupan sebenar kerana tidak terganggu dengan Twitter serta Facebook atau menganalisis situasi dan ini menguatkan hubungan sebenar antara rakyat. 

Pengarah Bersekutu Institut Rangkaian Maklumat Universiti Carnegie Mellon, Nicholas Christin, berkata selain penutupan internet menimbulkan rasa tidak selesa, ia turut merencatkan sesuatu yang terbaik dalam masyarakat. 

“Saya fikir anda akan menemui mereka yang sangat berdaya tahan. Kita akan kembali kepada perpustakaan,” katanya. – AP 


Sumber

No comments:

Post a Comment

Share

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...