Sunday, April 8, 2012

Mayat Bayi di Gerai

POLIS membawa mayat bayi yang ditemui di Kampung Sungai Mati, Alor Setar.



ALOR SETAR: Seorang peniaga gerai tergamam apabila mendapati bungkusan putih yang disangka barang sihir dan diletakkan di atas meja gerai makanan miliknya berhampiran Masjid Sungai Mati, Langgar di sini, malam kelmarin, berisi mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat. 

Pemilik warung itu, Rusdi Abd Aiziz, 45, berkata pada mulanya dia ternampak satu bungkusan di atas meja di warungnya yang ditutup kerana dia cuti berniaga, kira-kira 6 petang. “Saya sangka bungkusan itu barang sihir kerana dibalut kemas dengan kain putih dan plastik hitam namun tidak sangka itu adalah mayat bayi.
“Bagi saya bungkusan itu pelik dan saya bimbang ia barang sihir untuk tujuan jahat dan terus menghantar pulang isteri sebelum datang semula ke kedai bersama rakan-rakan. 

“Seorang rakan menyuruh saya membukanya dan apabila dikuis dengan kayu saya ternampak sepasang kaki bayi,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan percaya bayi berkenaan baru dilahirkan sebelum diletakkan di gerai terbabit.  


No comments:

Post a Comment

Share

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...