Monday, May 16, 2011

Pawagam Parit Buntar Tinggal Kenangan

Bangunan yang dulunya digunakan sebagai panggung wayang cathay, kini telah bertukar menjadi tempat untuk burung walid atau burung layang-layang membuat sarang. Beruntung jadi burung walid, rumah pun disediakan..:)





Manakala panggung wayang kapitol menjadi restoran cina.  Ia terletak berhampiran dengan stesen keretapi parit buntar. Biasanya filem cina dan tamil dimainkan di panggung kapitol. Manakala filem inggeris dan melayu/indonesia dimainkan di panggung cathay.





Kedua-dua bangunan ini masih ada, cuma digunakan untuk industri yang lain. Mungkin ada pembaca yang mempunyai kenangan bila melihat bangunan ini. Sila kongsikan di sini..

No comments:

Post a Comment

Share

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...