Wednesday, May 4, 2011

Tutorial Mencantikkan Foto Menggunakan Photoscape

Tadi, abang member aku iaitu salah sorang admin Oh! Lawak suruh aku buat tutorial cara-cara nak cantikkan foto, (tapi takla setanding photoshop). Photoscape ni akan menjadikan foto anda lebih cantik dan sejuk mata memandang…huhu .Jadi, disini atas desakan diorang aku pun tolong lah buatkan tutorial ni…..
Tengok bawah ni…




1.Buka photoscape anda. Lepas buka ada pelbagai tab kan, jadi pergi ke editor, kemudian lepas korang klik editor tu korang letaklah gambar apa yang korang nak….
Aku akan gunakan gambar ini




2.


 

- Pergi ke filter seperti yang yg tertera di gambar ni
- kemudian klik film effect
-dekat film effect tu korang pilih la apa-apa effect yang bersesuaian dengan mode dalam gambar tersebut sebagai contoh, cross process – boleh digunakan untuk mode matahari terbit atau terbenam. Untuk gambar ni aku gunakan effect velvia sebab ni mode untuk petang. Pilihlah nak low, medium, atau high ke….lantak korang la janji masuk dengan gambar tesebut

3.
.

-seterusnya pergi ke backlight
Di backlight tu effect ni akan perbaiki mana-mana bahagian dalam gambar yang kurang menonjol (gelap) kepada lebih cerah….tahap effect bergantung pada gambar, sebagai contoh gambar yang aku buat ni gunakan +50%. Tapi ingat jangan naik sangat effect tu contohnya sampai ke +200% sebabnya foto korang takkan jadi cun.



4.


-seterusnya lagi pergi ke bright, color
Disitu korang klik colorize, colorize ni akan seimbangkan warna contohnya jika gambar korang ada unsur alam semulajadi (hijau) jadi gunakan warna hijau seperti gambar yg aku buat ni. Tapi ingat saturation dan level jangan terlampau tinggi hingga 100%, sebaiknya gunakan dalam 20% lebih kurang.
-di bright, color juga korang klik color enhance effect ni bertujuan untuk menaikkan lagi gambar anda. Contoh, kalau gambar tu ada rumput, ia akan jadi rumput berwarna hijau yang asli.

6. Selesai…..sebenarnya banyak lagi effect yang ada kat Photoscape ni tapi, yang aku bagi ni lebih mudah dan memang sesuai untuk mencantikkan foto. Effect selebihnya tu agak rumit dan kena professional skit…..tapi kalau nak yang betul-betul cantik korang kenalah guna Photoshop tak kira la apa version skalipun.




Untuk pengetahuan korang juga, photoscape ini bukan hanya untuk membaiki foto tetapi bermacam lagi yang korang boleh buat seperti:
-Membuat banner
-Menggabungkan gambar
-Animasi GIF (flash banner, gambar bergerak…etc)
-Album gambar
-Menggabungkan gambar lebih cantik ( tab page)
-Mencetak
-Membuat muka surat
-Screen capture

No comments:

Post a Comment

Share

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...