Thursday, June 9, 2011

Surat Bantahan Terhadap Penyiaran Drama Nora Elena


Pernahkan korang menonton drama Nora Elena?...iaitu sebuah drama yang tengah top kat TV3 sekarang ni...sampaikan aku pun layan sekali (walhal tak pernah pon layan cita kat slot Akasia ni), tepat pukul 7.00 jer aku terpacak depan tv nak tengok drama ni..haha

Serius sebelum ni aku tak layan sangat slot Akasia ni...tapi, drama ni yang membuatkan aku layan....terbaik!kan...haha. Lagipun drama ni adaptasi novel  iaitu Kasih Yang Suci karya Meen Zulaikha memang patut pon best, sampaikan sold out la novel ni....(CikHaney pinjam novel kau..hehe)

Tapi, tahukah anda ada juga yang tak suka drama ni siap buat surat bantahan lagi..haha, korang nak tengok tak? ni ha...bawah ni sila baca ....kelakar kot.



_________________________________________________________________

Nowa,
Kakitangan Kajaan,
Putrajaya

TV3
Sri Pentas,
No 3, Persiaran Bandar Utama
Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya

Tuan,

Per : Bantahan Terhadap Penyiaran Drama Bersiri Nora Elena

Adalah dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan drama bersiri Nora Elena adalah berkaitan.

2. Dimaklumkan, bahawa saya, Nowa dengan ini membantah penyiaran drama bersiri Nora Elena yang disiarkan setiap hari, jam 7 petang di saluran tuan. Antara sebab sebab pembantahan saya adalah seperti berikut.

i) Membuatkan jiwa isteri isteri terganggu. Mana ada suami gitu sabo dalam dunia ini? Logik tak bila Nora tanya Seth, asal Seth tak penah marah dengan apa saja perbuatan Nora? Seth jawab, sebab Seth terlalu sayangkan Nora. Jadi kesimpulan, isteri-isteri mula curiga dengan suami mereka yang sepanjang masa marah marah. Ni laki aku sayang ke tak ni?

ii) Jiwa jiwa suami juga turut terganggu. Ini kerana, apa bila tiba scene scene romantik dan tidak dapat diterima akal, seperti Nora terpeleot, Seth siap dukung bawak g sofa, tingkat bawah..(gila gagah..aritu aku nak branak, laki aku gendeng henbek aku, beg kain aku, pastu tunggu aku kat grill depan umah, aku la terkedek-kedek jalan sendiri..pastu pegang lengan aku je tau..bila suh dukung macam biasa drama atau filem buat, laki ckp, "ah gile mung, patoh pinggang!" Pastu sampai sepital, lari lari amik wilca..kalu dukung macam drama melayu kan bagus??)

Oh pasal part romantik tu, biasanya isteri akan menjeling kepada suami, disertai dengan kata kata sinis, "dedi mung ni masa dulu geletak nok ke mami, masa mami begetoh je belanar beli bunga, minyok wangi, cekelat bagai..leni doh dapat mami doh haghammmmmm!!! asal besday ke anniversary ke, pakai tektik, hadiah ai pada yu adalah sebuah cinta yang murni dan ikhlas"....itu je?? harharharharam!!

Paling koman, selepas jelingan tajam, cubitan kental di lemak perut pasti akan singgah di bahagian perut suami.

Jadi, sebagai lelaki melayu, suami, mereka juga merasa hangat dengan penyiaran drama bersiri ini.

Kebiasaan jugak, malam malam yang sepatutnya diisi dengan aktiviti sukan berair akan berlalu begitu saja, pabila sang isteri makan hati, lelaki melayu dalam drama lagi romantik dari laki sendiri. Saje saje wat merajuk, ingatkan si laki pujuk cam si Seth pujuk Nora, tapi tak tau laki sendiri penat, dah, amik kau, sampai ke pagi tak dapat apa apa..laki tak pujuk satu hal, laki horny dibuat bini gitu pun satu hal..Sian Johnny!

iii) Memberi harapan pelesu kepada gadis gadis yang belum menikah.
Apabila pengaruh Seth Tan mula menular, maka ramai gadis gadis mencari pasangan hidup yang romantik nak mampus macam Seth Tan. Selepas menonton siri itu juga, kajian secara rambang mendapati kebanyakan dahi gadis gadis lebam. Ini adalah berikutan dengan tabiat sebelum tido mereka yang gemar meletakkan belakang tapak tangan ke dahi sebelum tido sambil berangankan lelaki seromantik Seth Tan, walau sebenarnya, Non Ada lelaki MELAYU seromantik itu. Yang romantik cumalah, lelaki Bangladesh, lelaki Lombok, dan Shahrukh Khan sahaja.

iv) Pasangan-pasangan bercinta kerap bergaduh.
Sang aweks memaksa jejaka untuk kerap membelikan bunga. Sedangkan boipren tu keja Kerani je kat Kementerian Kewangan. Gaji pun RM1500 jek. Kau gile sekuntum bunga brape hengget?? Kalu nak 3 kuntum sebulan, takpe jugak. Ni nak 21 roses everiday?? Kau gile, ko nak mamoh kelopak bunga ke? Kau ingat kau cantik macam Nora Elena nak demand-demand? cess

v) Tak logik punya citer..Brape lama kawen baru bole 'bersama'?? Ada ke lelaki sesabar Seth tu.. Ok, takde ke tunjuk scene Seth 'tumbuk sambal'?? eh, kalu betol ada lelaki tak penah sentuh isteri, kira mesti dia 'tumbuk sambal' kan? hahahha...takut awak sakit belakang konon..padahal ajak tido skali..mood cameron suda mari..eh, tetiba teringat Jay....kahkahkahakha

vi ) kari hangus, nasik hangit
Duk sibuk berkejar dari dapur ke hall, pastu ke dapur semula, pastu part ehem ehem, part ada pelangi, dah teralit, tengok sambil berangan, jeling laki, dah lupa kari kat dapur..hangit gitu je..

vii) Mengganggu tumbesaran anak kecil.
Pabila seorang isteri, terpengaruh dengan apa yang dilihat di kaca telebisi, nak perli secara derek kepada laki sendiri takut kena penampo, jadi, anak kecil dijadikan medium untuk menyampaikan isi hati

"tengok tu Alya, dulu dedi mung semart gitu ah, nok g dating siap bukak pintu bagai sume? leni? mami terkedek kedek bawok barang dia hon siap siap doh"
"owoh Alya ork? napok ngat nipu..mana ada orang kawen doh romantik gitu ork??"
 Kesian la budak kecit tu terkebil kebil tak tau ape mak dia bebelkan

3. Sekian dimajukan untuk pertimbangan dan kelulusan pihak tuan. Dan semoga dengan ini, tiada lagi kekeliruan dan kecelaruan minda penonton penonton lagi. Mana ada lelaki romantik gitu dalam dunia..kalu ada pun sebelum kawen, lepas kawen, bagi setahun, atau dah dapat anak sorang, jadi kayu la semuanya..Jadi, dimohon pihak tuan agar tidak mempermainkan perasaan kami, dan memberi harapan pelesu kepada gadis gadis diluar sana

Sekian,

"BERPIJAK DIDUNIA NYATA ADALAH TUNGGAK KEHIDUPAN BAHAGIA"



( NOWA)
Pengerusi,
Kelab Ibu-Ibu Menyusu Badan
Putrajaya
________________________________________________________________

Sebelum tu nak bagitau korang...ini hanyalah entry suka-suka jer, bukan betul2 pon...haha. surat ini dikarang oleh CikGeli...ni link entry tersebut di blog beliau << SINI! >>

Yang aku jelos tu...surat bantahan CikGeli ni siap masuk portal Gua lagi., yang best tu Gua nak  bagi  hadiah kat dia lagi tu...huhu (jelos). Mencanak traffic blog dia naik pasni...haha

77 comments:

  1. kihkihkih...

    tv3 panggil datang sri pentas amik hadiah..hahhaha

    ReplyDelete
  2. hahhaa
    ada terbaca benda ni semalam
    naik gila aku dibuatnya sebab ketawa
    ekekeke

    http://hansrollodepelicula.blogspot.com/2011/06/review-filem-kl-gangster.html

    ReplyDelete
  3. @*Miss Geli^ haha...femes la ko pasnie...sebelum tu Anda mungkin berkesempatan untuk berjumpa dengan Aaron Aziz di The Curve pada pukul 6.00 petang hari ini. Jadi, jangan lepaskan peluang ini.

    ReplyDelete
  4. kelakar...nak share boleh... ^^

    ReplyDelete
  5. hahahaha......lawak gile...ada gak surat cenggini....

    ReplyDelete
  6. ala...nama pun drama kita yg dah dewasa ni mana yg elok nak ikut- ikutlah...kalau xnak xpe. tapi apa salahnya romantik pasangan suami isteri..
    xde apa yg buruknya cuba ambik positif dan berfikir secara matang...itu cuma drama panduan untuk kita sahaja

    ReplyDelete
  7. hahha bergaduh lah korang...tp citer bestiler

    ReplyDelete
  8. HAHAHA kelakar ... jeles ke ape si akak tu .. kecian nye tak dapat belaian suami :)

    ReplyDelete
  9. hahahahahahahaha.... ada jugak orang nk tulis surat cmni? hahahahahahahaha.. sumpah lawak.....

    ReplyDelete
  10. hahaha.... bets2... suka baca surat bantahan nih... tp tetap jd penonton setia NE...

    ReplyDelete
  11. hahaha...lawak2..tapi..cter 2 tersgt2 best...nk wat cane...

    ReplyDelete
  12. hahahhaha..mmg lawak siot... kamu mst kurang kasih syg tu yg jadi mcm tu...

    ReplyDelete
  13. xpaham la bahase kelate tu..ade sesape leh terangkan?

    ReplyDelete
  14. hahaha.sumpah lawak....biasalah tu..drama, novel dan segala benda yang direka semuanya indah belaka. ngeh3

    ReplyDelete
  15. hahahaha... memang betol pon smua isu dalam surat nih!... :)

    ReplyDelete
  16. mmg lumrah alam x de lelaki yg seromantik seth tu..sbgai manusia bese mmg x perfect.watever it is..bila kite da tau kebenrn n realiti..just lyan jek la cte tuh..mybe si suami/ isteri boley amik iktibar drpd citer tu

    ReplyDelete
  17. kreatif betul kan cik geli2..hhaha skang ni asek nak g blog die je bace entry2 beliau..

    Lagi Nora Elena Punya Cerita

    ReplyDelete
  18. jgn la samakn cita ngan khidupan realiti, kbnykn pngarah drama ni nk untung ja, spttny critakn yg sbnrnya kpd para penonton br la dh kawin nnt x asyik gaduh2 pastu cerai

    ReplyDelete
  19. Memang layan citer nie....hiburan pas penat bekeja di ofis...wiwiwi "bunga2 sakura betulll" (^_^)

    ReplyDelete
  20. hahahaha lawok sungguh tapi memang mengena oiii..kbanyakn laki macam tu le sebelum dapat bini...dah dapat..huh..tau nak buat anok je kerojenye..timebini nakberanok..huh kial2 bawak perut...ciaaaannnnn....

    ReplyDelete
  21. cehh..ingatkan ape benda da tadi,, siyes muke aq baca..hahhaha....fuhhh...

    ReplyDelete
  22. hahaha gelak tergolek2 bc surat nih! apapun ia hanya rekaan based on a novel y jg rekaan... sy mohon nk share ye :)

    ReplyDelete
  23. gua da bosan ngan drama melayu.. tgk cite hindustan agi best taw...

    ReplyDelete
  24. x pnah bce ke?
    2 novella

    ReplyDelete
  25. name pown cerita.. hahaha.. layan sudah....

    ReplyDelete
  26. klakar bangat ni.. kuikui.. mintak share ye.. eheee..

    ReplyDelete
  27. terbaik la... tu dier siap ngan bahasa majmuk

    ReplyDelete
  28. kembang kuncup aku baca surat ni...wakakakahh

    ReplyDelete
  29. Cik Nowa oiiii lahai cite tu pn bkn realiti kn...nk jmpa lelaki mcm Seth Tan mmg satu dlm sejuta kot....tapi abb Aaron Aziz yg berlakon kn so sume jadi sweet jer.........heeee

    ReplyDelete
  30. amende la... ade je suami macam tu, cuma jarang kita nampak... Lagipun x kanla selalu nak tgk citer lakibini cerai-berai, sekali-sekala tgk citer tu kan best...

    ReplyDelete
  31. nama pun drama cik nowa woii!!!dah tentu r tak seindah dunia yg nyata..klu ikut pada realiti,x menarik r slot cerita tu...x da sapa r nak tengok...drama ni kan nk tarik minat org..dah tentu r jalan cerita nyer pun kena menarik..n yg baik kte jd tauladan..yg buruk kte tggl kn..

    ReplyDelete
  32. ko buat bodoh je sudah la gan cte ne...smpi nk hntikan cte ne wt ape...org susah payah nk wt drama ne ko sng2 je nk hntikan ape la...cuba la ko fikir ...baik ko g tgok cte lain..cte gaduh2

    ReplyDelete
  33. HAHA betul pe, nonsense macam tak wujud lah si Seth Tan ni.. alahai stoplah berangan..

    ReplyDelete
  34. terbaik r surat ni .. mmg anak2 gadis sekarang ngah gilakan lelaki seperti Seth Tan ! Bila scene seth tah nk romantik2 , mulalah tersenyum2 sorg2 .. hahahaha .. btw , nice post !

    lihat sini pulak :

    http://izyannadira.blogspot.com

    ReplyDelete
  35. aku dok fikir stgh maati ni...kalau hero da x encem mmg sume org benci kat seth tu..katalah hamud gurkha ke,zaibo ke,korie ke,mmg korang tmuntah2 tu..

    ReplyDelete
  36. surat ni mmg best....... ahakss... tapi apapun 4 hari ni kena layanzz gak bg hbs nora elena...

    ReplyDelete
  37. kalau tak buad mcm tu , mcm mane nk jadi cerita . Ape sehh . Cite tu best ape . Tanak tengok takyah tengok . =="

    ReplyDelete
  38. Tahniah buat penulis novel,penulis skrip,pengarah,pelakon2 Nora Elena..Drama ini mmg hebat,jln ceritanya bagus...walaupun sudah beranak 4,citer melayu mcm ni layannnn..utk rutin harian..nak dpt suami mcm SETH mgkn satu dlm seribu..apa pun kita perlu bsyukur..itu jodoh kita..kalau drama ini d Filemkan sy akan pergi menonton.INSYA ALLAH.

    ReplyDelete
  39. hahaha apala yg dia merepek nie... ntah pape .yg paling penting skali kelakar la...

    ReplyDelete
  40. biasalah..nama pun cerita...kalau tunjuk realiti mcm suami kamu yg buat..alamat ramai yg takut nak kawin...ork..ork..ork..huahuahua

    ReplyDelete

Share

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...