Friday, January 20, 2012

Peguam Negara Belum Jawab Rayuan Rasmi Saiful



KUALA LUMPUR, 20 Jan - Pengadu dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan telah menghantar surat rasmi melalui peguamnya Tetuan Zamri Idrus & Co. agar Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail memfailkan notis rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Jan lepas.

Menerusi blog miliknya mohdsaifulbukhari.blogspot.com, Mohd Saiful menyatakan beliau terpaksa menghantar surat rasmi memandangkan pihaknya belum mendapat maklum balas daripada Abdul Ghani berkenaan notis rayuan tersebut.

"Sehingga ke hari ini tiada maklum balas terhadap permohonan terbuka saya dan bapa dari Peguam Negara sama ada beliau akan memfailkan rayuan atau tidak. Masa juga semakin suntuk.

"Rayuan ini penting kerana ia membabitkan maruah dan masa depan saya. Saya hanya menuntut hak saya sebagai warganegara Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan di mana setiap aduan itu berhak didengar dan diadili sehingga ke peringkat Mahkamah Tertinggi dan saya berdoa agar Peguam Negara mempertimbangkan permohonan saya ini.

Mohd Saiful juga menyatakan kuasa mutlak untuk memfailkan rayuan hanya terletak di tangan Peguam Negara. Peguam Negara mempunyai masa sehingga hari ini untuk memfailkan notis rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan itu.

1 comment:

  1. kasihan kat saiful...ingatlah, doa orang2 yang teraniaya akan termakbul jugak 1 hari nanti.
    amin.

    ReplyDelete

Share

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...