Thursday, January 3, 2013

Kenapa Manusia Suka Menunjuk-nunjuk?

Ha, ni  merupakan coretan aku yang pertama pada tahun baru yang indah ini. Aku dah lama tak menulis, rindu giler kot. Tengok ni ha.. sampai bersawang blog aku ni.. haha.Ye la nak blogging macam mana idea pon takde. So stop je la dulu. But tahun ni aku rasa macam nak serius balik blogging. :)

Btw... sambung balik cita yang aku nak karang ni. Firstly aku nak tanya korang, mesti ada diantara member korang yang suka menunjuk2 atau 'show off' kan?... alah aku berani jamin la mesti ada punya. Dalam ramai2 maknosia tu mesti ada sorang dua... hehe

Seriously, aku ada gak member yang suka menunjuk2 ni, show off dia bukan main over lagi tau  sampai some of my friends pon meluat. Ye la, suka sangat menunjuk henset baru dia tu padahal blackberry je...  kawan aku nak pinjam pon tak kasi, kedekut nak mampos. Dia ni memang pantang kalau ada orang lebih skit dari dia contohnya kalau orang tu pakai Android dia still pakai BB, mesti dia akan kata BB lagi best la apa la, padahal hakikatnya dia xleh terima hakikat orang lebih 'maju'  dari dia.. tu je. 

Yang hazabnya, dia ni kuat menunjuk tapi bab belajar FAIL, result teruk giler. SPM pon tak ambil 2 subjek dia buat endah tak endah je. But still tak nak kalah walaupun result teruk katanya tapi kalau 'dia' senang je nak dapat kerja yg gaji 4 angka. Hahaha... aku gelak je dengar statement dia tu. Dia ingat dia tu anak tokey Kelapa sawit? anak tokey stesen minyak ke apa cakap mcm dah confirm je dapat kerja. Orang skrg yg ada diploma pon masih lagi tanan anggur inikan pula dia. Tapi kami dah lali dengan perangai dia tu. Kalau nak ikutkan beribu-ribu beratus-ratus lagi contoh perbuataan show off dia tu tapi memandangkan aku malas nak tulis panjang2 so aku bagi satu contoh je dah le. haha (erks jahat plak aku kutuk member sendiri).. haha kesah plak, buat rapat sgt pon. Lagipon aku tak mention nama dia kan.. so tak perlu la nak terasa sangat. haha




Back to topic. Here some points aku dapat senaraikan kenapa manusia suka sangat menunjuk-nunjuk ni.

1. Nak dapat pujian 
-Ya, ada orang suka menunjuk2 ni pasal nak dapat pujian je sebenarnya.. ye la orang lain xde apa yg dia ada so orang puji la. Dan dia pon lama2 rasa bangga termakan puji terus jadi show off mcm ni... ala2 diva gitu. 

2. Nak balas dendam

-Dah si A show off  kat si B so haruslah si B show off balik.. baru adil katanya.

3. Untuk bermegah-megahan dengan kelebihan yang ada
-Lebih kurang dengan point no 1 jugalah. Ye la, si mamat anak orang miskin si daniel anak orang kaya so wajiblah dia show off kan kelebihan yang ada. Parents pon support. :p

4. Nak dapat penghormatan

-Aku ada, ko ade? takde kan...

5. Nak tarik perhatian
-Hahaha... tu je la points yg aku tau, kalau korang ada point lain jangan segan2 tambah kat ruangan komen yg disediakan ni k...  dan kalau korang ada member yg suka show off silalah share kat sini.. sharing is caring, right? muahahaha.... 




Sunday, April 8, 2012

Keputusan Penuh ABPBH 2011



Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011) menyaksikan kejutan dengan barisan artis baru yang lebih banyak mendominasi 15 kategori yang dipertandingkan di Arena Of Stars, Genting Highland, malam tadi.
Fakta ABPBH 2011 :
  1. Faizal Ismail antara yang berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai Penyampai Radio Lelaki Popular selama 5 tahun berturut-turut.
  2. Didiey Alias pertama kali merangkul anugerah Artis Komedi Wanita Popular selepas 25 tahun ABPBH dipertandingkan.
  3. Dato’ Sheila Majid dianugerahkan Pencapaian Sepanjang Hayat selepas 25 tahun berkecimpung dalam industri hiburan.
  4. Anugerah Pengacara Lelaki Popular akhirnya jatuh kepada Zizan Raja Lawak setelah 8 tahun didominasi oleh Aznil Nawawi.
  5. Dato’ Siti Nurhaliza mekap sendiri kerana jurumekap, Nurul Syukur sibuk.
  6. Trofi Pelakon TV Lelaki Popular yang dijangka dimenangi oleh Aaron Aziz telah dirangkul oleh Fizz Fairuz. Satu kemenangan yang luar jangkaan!
  7. Fara Fauzana mengekalkan kedudukannya buat 6 kali berturut-turut. Masih tiada pesaing?
  8. Nama Sheila Majid, Aaron Aziz, Didie Alias, & Fizz Fairuz menjadi trending top 10 di Twitter.
  9. Persembahan paling mantap sudah semestinya Lan Typewriter Vs Ziana Zain.
Seperti yang dijangkakan, Aaron Aziz mengungguli trofi Bintang Paling Popular 2011 dengan jumlah undian terkumpul : 87 899.
Berikut adalah keputusan penuh ABPBH 2011 :
  • Artis Berkumpulan / Duo Popular : Jacklyn Victor, Ning Baizura & Shila Amzah
  • Artis Baru Wanita Popular : Tasha Shilla
  • Penyampai Radio Lelaki Popular : Faizal Ismail
  • Artis Komedi Wanita Popular : Didiey Alias
  • Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat : Dato’ Sheila Majid
  • Pengacara TV Lelaki Popular : Zizan Razak
  • Artis Baru lelaki Popular : Johan Asaa’ri
  • Pelakon TV Lelaki Popular : Fizz Fairuz
  • Penyampai Radio Wanita Popular : Fara Fauzana
  • Pengacara TV Wanita Popular : Fara Fauzana
  • Artis Komedi Lelaki Popular : Johan Raja Lawak
  • Anugerah Seri Perak : Dato’ Siti Nurhaliza
  • Penyanyi Lelaki Popular : Hafiz
  • Pelakon Filem Lelaki Popular : Aaron Aziz
  • Pelakon TV Wanita Popular : Fasha Sandha
  • Pelakon Filem Wanita Popular : Maya Karin
  • Penyanyi Wanita Popular : Yuna

Mayat Bayi di Gerai

POLIS membawa mayat bayi yang ditemui di Kampung Sungai Mati, Alor Setar.



ALOR SETAR: Seorang peniaga gerai tergamam apabila mendapati bungkusan putih yang disangka barang sihir dan diletakkan di atas meja gerai makanan miliknya berhampiran Masjid Sungai Mati, Langgar di sini, malam kelmarin, berisi mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat. 

Pemilik warung itu, Rusdi Abd Aiziz, 45, berkata pada mulanya dia ternampak satu bungkusan di atas meja di warungnya yang ditutup kerana dia cuti berniaga, kira-kira 6 petang. “Saya sangka bungkusan itu barang sihir kerana dibalut kemas dengan kain putih dan plastik hitam namun tidak sangka itu adalah mayat bayi.
“Bagi saya bungkusan itu pelik dan saya bimbang ia barang sihir untuk tujuan jahat dan terus menghantar pulang isteri sebelum datang semula ke kedai bersama rakan-rakan. 

“Seorang rakan menyuruh saya membukanya dan apabila dikuis dengan kayu saya ternampak sepasang kaki bayi,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan percaya bayi berkenaan baru dilahirkan sebelum diletakkan di gerai terbabit.  


Natasha Hudson Kini Bertudung




Keputusan Natasha Hudson untuk bertudung bukan atas desakan sesiapa. Itulah yang disuarakan oleh pelakon serta penyanyi berwajah Pan-Asia ini sebagai kata muktamad terhadap imej terbarunya ini.
Menurut Natasha, niatnya untuk bertudung dibuat ketika berada di Tanah Suci Mekah dan keputusannya itu disambut baik oleh kawan-kawan serta bakal suaminya, Carleed.
Katanya lagi, dia akan terus melakukan aktiviti nyanyian serta lakonan seperti biasa dan tidak menganggap pemakaian tudung sebagai satu masalah besar.
“Kalau Yuna boleh melakukannya, saya juga boleh,” ujar Natasha Hudson dalam nada gembira.
Apa pendapat anda, cantik kan Natasha Hudson bila bertudung? Sejuk mata memandang.
Foto & berita: Gua Malaysia

Sunday, January 29, 2012

Pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) 26



Daripada 12 buah lagu yang berjaya melangkah ke pusingan akhir Anugerah Juara Lagu 26, hanya 5 lagu bertuah yang berjaya merangkul anugerah iaitu Juara Lagu 26, Naib Juara Lagu 26, Tempat Ketiga Juara Lagu 26, Persembahan Terbaik dan juga Vokal Terbaik.
Apa yang menarik, pemenang tempat pertama akan membawa pulang trofi dan wang tunai sebanyak RM35,000, tempat kedua pula membawa pulang trofi dan wang tunai RM15,000, tempat ketiga pula akan membawa pulang RM12,000. Manakala pemenang Persembahan Terbaik dan Vokal Terbaik pula masing-masing membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000 seorang.
Pengumuman penuh berdebar-debar semalam turut menyaksikan kejutan dari penyanyi, Hafiz telah berjaya merangkul trofi Juara Lagu AJL 26 dengan lagunya, “ Awan Nano”. Dia turut merangkul trofi Vokal Terbaik sekaligus mencipta sejarah sekali lagi.
Tidak ketinggalan, “Beribu Sesalan” yang dibawa oleh 3 Suara turut berjaya merangkul Naib Juara AJL 26 dan ini telah menghangatkan lagi suasana dan keghairahan peminat. Faizal Tahir pula berjaya merangkul trofi tempat ketiga AJL 26 dengan lagu “Karma”.
Persembahan Terbaik pula dirangkul oleh Alyah dengan lagunya berjudul Kisah Hati.
Berikut adalah senarai penuh lagu yang berjaya merangkul Anugerah Juara Lagu 26 sebentar tadi.
Juara Lagu Ke 26
Awan Nano oleh Hafiz
Naib Juara Lagu Ke 26
Beribu Sesalan oleh 3 Suara
Tempat Ketiga Juara Lagu 26
Karma oleh Faizal Tahir
Persembahan Terbaik
Kisah Hati oleh Alyah
Vokal Terbaik
Awan Nano oleh Hafiz


Kredit: OHBULAN

Saturday, January 21, 2012

Tiada Internet Tak Ganggu Hidup Manusia


KEADAAN pejabat Yayasan Wikipedia di San Francisco, Amerika Syarikat. Kelmarin laman web itu bertindak menghentikan sementara perkhidmatannya bagi membantah undang-undang terhadap cetak rompak.


JIKA sehari tanpa Wikipedia adalah sesuatu yang menyusahkan, maka perkara itu perlu difikir dengan mendalam. Dalam dunia serba moden ini, kita tentu boleh bertahan jika seluruh internet lumpuh untuk sehari atau seminggu. 


Adalah pasti kita mampu hidup tanpa internet kerana ramai sudah melakukannya seperti Egypt tahun lalu iaitu ketika protes antikerajaan.
Kebanyakan tamadun terus berkembang sehingga 1990 tanpa internet.
Namun begitu, kini kehidupan sosial, kewangan dan perindustrian saling berhubung antara satu sama lain hingga untuk kembali ke era 1980-an akan menggoncang dunia seperti dilanda bencana alam, kata pakar. 

Tanpa e-mel, Twitter atau Facebook. Tanpa pembelian dalam talian. Tiada dagangan saham dalam talian. Tiada penghantaran industri tepat pada masa. Tiada pengesanan penyakit. 

Tidak hanya membabitkan keseluruhan internet. 

Malah laman web persendirian seperti Google juga dianggap infrastruktur kritikal, kata pakar. 
“Tiada siapa yang akan mati, namun begitu ia akan timbul kerumitan besar,” kata Ketua Penyelidik dan Pakar Keselamatan Komputer F-Secure di Helsinki, Finland, Mikko Hypponen. 

Jika internet terganggu lebih sehari atau dua hari, ia mendatangkan kerugian besar dengan pengangguran akan berleluasa, kata bekas Ketua Pakar Ekonomi Bank dan Prsiden ClearView Economics, Ken Mayland. 

Sementara itu, Pengarah Pusat Pengajian dan Penyelidikan dalam Jaminan Maklumat dan Keselamatan Universiti Purdue, Eugene Spafford, melahirkan kebimbangan tercetusnya situasi panik. 

Kelmarin, laman web terkenal Wikipedia bertindak menghentikan sementara perkhidmatannya untuk membantah udang-undang dalam Kongres yang akan mengambil tindakan ke atas cetak rompak filem dan rancangan televisyen. 

Tindakan mengejut dibuat selama sehari, namun begitu ia menimbulkan persoalan mengenai kemudahan untuk berhubung. 

“Ia boleh jadi penggodam, pengganas, kemalangan atau mereka berkenaan menjadikan internet terputus dan ia menyebabkan beberapa kawasan tidak boleh mencapainya,” pakar terkemuka dalam keselamatan komputer, Spafford. 

Beberapa kawasan besar di Amerika Syarikat dan beberapa negara membangun tidak terjejas berikutan ia memiliki sistem yang mantap dan pelbagai. 

Namun begitu negara lebih kecil boleh terdedah kepada gangguan bekalan di seluruh negara, kata Hypponen. 

Dunia hanya perlu melihat kembali krisis Egypt bagi mengetahui kesan tanpa internet. 

Kerajaan pimpinan Hosni Mubarak cuba menghentikan protes pada Januari tahun lalu dengan melumpuhkan internet.

Langkah itu menutup perniagaan, operasi perbankan dan kemuncaknya menyaksikan ia menamatkan keupayaan pemimpin protes mengatur dan berkomunikasi antara satu sama lain. 

Dalam tempoh lima hari internet tidak berfungsi, aktivis anti-Mubarak terpaksa bergantung kepada bantuan luar negara untuk menyebarkan berita dan mengemaskini laman web. 

Gangguan itu menjejaskan keupayaan penunjuk perasaan untuk mengatur atau menghalang penyebaran propaganda kerajaan yang mengatakan mereka adalah ejen kuasa asing,” kata Ahmad Saleh yang bertanggungjawab menguruskan laman Facebook untuk menggerakkan beribu rakyat Egypt mengadakan protes. 

Menerusi penutupan itu, tunjuk perasaan semakin meruncing apabila rakyat tidak dapat mengikuti kejadian semasa yang berlaku. 

“Tanpa internet bermakna lebih ramai orang menyertai protes untuk mengetahui keadaan sebenar. Tunjuk perasaan dan kemarahan kepada kerajaan juga meningkat,” kata Ahmad. 

Beliau berkata, ketiadaan internet membolehkannya menjalani kehidupan sebenar kerana tidak terganggu dengan Twitter serta Facebook atau menganalisis situasi dan ini menguatkan hubungan sebenar antara rakyat. 

Pengarah Bersekutu Institut Rangkaian Maklumat Universiti Carnegie Mellon, Nicholas Christin, berkata selain penutupan internet menimbulkan rasa tidak selesa, ia turut merencatkan sesuatu yang terbaik dalam masyarakat. 

“Saya fikir anda akan menemui mereka yang sangat berdaya tahan. Kita akan kembali kepada perpustakaan,” katanya. – AP 


Sumber

Friday, January 20, 2012

Peguam Negara Belum Jawab Rayuan Rasmi Saiful



KUALA LUMPUR, 20 Jan - Pengadu dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan telah menghantar surat rasmi melalui peguamnya Tetuan Zamri Idrus & Co. agar Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail memfailkan notis rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Jan lepas.

Menerusi blog miliknya mohdsaifulbukhari.blogspot.com, Mohd Saiful menyatakan beliau terpaksa menghantar surat rasmi memandangkan pihaknya belum mendapat maklum balas daripada Abdul Ghani berkenaan notis rayuan tersebut.

"Sehingga ke hari ini tiada maklum balas terhadap permohonan terbuka saya dan bapa dari Peguam Negara sama ada beliau akan memfailkan rayuan atau tidak. Masa juga semakin suntuk.

"Rayuan ini penting kerana ia membabitkan maruah dan masa depan saya. Saya hanya menuntut hak saya sebagai warganegara Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan di mana setiap aduan itu berhak didengar dan diadili sehingga ke peringkat Mahkamah Tertinggi dan saya berdoa agar Peguam Negara mempertimbangkan permohonan saya ini.

Mohd Saiful juga menyatakan kuasa mutlak untuk memfailkan rayuan hanya terletak di tangan Peguam Negara. Peguam Negara mempunyai masa sehingga hari ini untuk memfailkan notis rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan itu.

Share

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...